November 24, 2010

Masalah remaja/anak hari ini

Petikan dari nota kuliah .


Masalah remaja
  1. Pembabitan dengan jenayah samada ringan atau berat
  2. Black metal
  3. Seks bebas
  4. ponteng,lepak berfoya
  5. Lemah didiplin
  6. Menonton VCD lucah
  7. leka bermain dan berhibur

Siapa yang harus disalahkan??

  1. Ibubapa
  2. Sekolah
  3. mediamassa
  4. kerajaaan
  5. kawan-kawan
  6. institusi Islam
  7. Peniaga

TANGGUNGJAWAB IBUBAPA TERHADAP ANAK-ANAK

  1. Memberi nafkah
  2. berlaku adil kepada anak-anak. Sabda Nabi saw. " Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah kepada anak-anakmu".
  3. Mendidik

Kita akan huraikan tanggunjawab dalam mendidik anak-anak

Anak adalah nikmat Allah swt kepada manusia. Nikmat ini hendaklah disyukuri oleh setiap suami isteri.

Firman Allah swt (Surah Al-Nahl:72) ,Maksudnya,

"Allah menjadikan dari diri kamu isteri dan menjadikan dari isteri anak cucu dan Allah mengurniakan kamu rezeki yang baik-baik."

Oleh itu, ibubapa dipertanggunjawabkan dalam melaksanakan tugas mendidik anak-anak supaya generasi yang akan lahir terbentuk dengan sempurna. Islam mengaturkan peraturan-peraturan yang jelas dalam perkahwinan dan sangat membenci penzinaan dan sebarang bentuk hubungan dengan pihak luar yang boleh menjejaskan tanggungjawab tersebut.

KARZUN menjelaskan ruanglingkup dalam mendidik anak, iaitu:

  1. Pendidikan keimanan- Nabi saw bersabda" Ibn Abbas menjelaskan bahawa saya berada dibelakang Rasulullah padasuatu hari,maka Nabi saw berkata: Wahai anakku, aku mengajar kamu beberapa perkara. Jagalah Allah,nanti Allah akan menjaga kamu.Jagalah Allah nanti Allah akan dekat dengan kamu.Apabila engkau memohon maka pohonlah kepada Allah. Apabila engkau meminta maka pintalah dari Allah.Ketahuilah pabila satu umat berhimpun untuk memberi faedah kepada kamu,mereka tidak memberi apa-apa kecuali mengikut apa yang telah ditentukan oleh Allah.Kalaulah mereka berhimpun untuk memberi mudarat kepada kamu, ia tidak akan terkena kecuali berdasarkan ketetapan Allah.
  2. Pendidikan melaksanakan tanggungjawab- Tanggungjawab Islam perlu dilatih dari kecil. Contohnya sembahyang. Nabi saw bersabda" Suruhlah anak-anak kamu sembahyang apabila mereka berumur 7 tahun.Pukullah mereka jika masih berdegil apabila umur 10 tahun.
  3. Pendidikan pelajaran-semua ilmu yang wajib ke atas umat Islam iaitu fardu ain dan kifayah.
  4. Pendidikan akhlak. Nabi saw bersabda" muliakan anak-anak kamu dan perelokkan adab-adab mereka.
  5. Pendidikan perasaan-supaya tersemai dalam diri mereka keadilan.kasih-sayang dan layanan yang baik serta adil.
  6. Pendidikan dalam kemasyrakatan- supaya anak mempunyai ikatan dengan masyarakat,hormati,berjasa,menolong masyarakat.
  7. Pendidikan kesihatan-Supaya sihat,selamat dan menjaga kebersihan.Memakan makan bersih dan halal.Riadah yang berfaedah.

November 7, 2010

GELANGGANG SINGA MALAYSIA



Salam bersiaran kembali ......

Ini adalah gambar yang di ambil semasa anugerah bengkung hari sabtu 6.11.10









Bersama anak2 Gayong Gelanggang Singa Malaysia